Rabu, 16 September 2009

Selamat Hari Malaysia


1. Ramai yang tidak mengetahui kisah ini.

2. Tarikh penubuhan Malaysia sepatutnya diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1963.

3. Tetapi pada saat-saat akhir pengisytiharaan terpaksa ditunda kepada 16 September 2009.

4. Ini adalah kerana masalah yang timbul di Sarawak beberapa hari sebelum tarikh pengisytiharaan.

5. Mengikut perjanjian antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, pemegang jawatan Gabenor Negeri dan Ketua Menteri haruslah digilirkan.

6. Yakni jika bangsa Melayu memegang jawatan sebagai Ketua Menteri yang menjadi Gabenor haruslah berketurunan Dayak.

7. Beberapa hari sebelum itu terdapat usaha-usaha melobi Kerajaan British untuk melantik Temenggung Jugah sebagai Gabenor sedangkan persetujuan awal adalah untuk melantik Tun Abang Haji Openg dan Stephan Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri.

8. Tunku Abdul Rahman melenting mendengar cubaan melobi ini.

9. Baginya tiada guna merdeka jika masih duduk di bawah telunjuk British.

10. Tunku memberi amaran keras bahawa Malaysia akan tetap dibentuk pada 16 September 1963 tetapi tanpa Sarawak.

11. Akhirnya, cubaan ini gagal.

12. Itulah kisahnya.

13. Renong-renongkan dan selamat beramal.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Gordon Brown


1. Come June 2010, we might see a new Prime Minister in Britain.

2. Despite his superb handling of the credit crisis, many political observers do not expect Gordon Brown to last beyond the summer of 2010, the last possible window for the general election.


3. Brown, the son of a Scottish priest and a PhD holder in History, holds the record for being the longest serving Chancellor of the Exchequer for almost a decade before being elevated to No 10 Downing Street upon the early retirement of Tony Blair.


4. Brown and Blair came from the centre left wing of the Labour Party and together with Peter Mandelson (now Lord Mandelson, the Business Secretary and de-facto Deputy Prime Minister) were credited for defeating the Tories in 1997, after being in power for almost 18 years.


5. The signs on the wall are not in favor of Gordon Brown.

6. His party lost heavily in the local elections held in May this year following on the heels of the disastrous European elections held last year.


7. For record, no incumbent party in recent history has managed to hold its grip in power following the defeat in local council elections.


8. Brown's Labour Party is trailing the Conservatives by a whopping 15 to 20 points according to various opinion polls, almost the same position John Major was in prior to his landslide defeat to Tony Blair in 1997.


9. Perhaps in the footnotes of history, Brown will be remembered for his excellent handling of the credit crisis as well as presiding the longest post WW2 economic boom in Britain.


10. Unfortunately, Gordon Brown will also be remembered as the shortest serving Prime Minister in the last 30 years.

11. This brings to mind the prophecy made by Anthony Seldon (Tony Blair's biographer) that "From the first day they met, Tony is destined to become Prime Minister while Brown as the Labour leader.


12. Renong-renongkan dan selamat beramal

Jumaat, 21 Ogos 2009

Anugerah Merdeka


1. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang Anugerah Merdeka anjuran Petronas.

2. Saya berharap anugerah ini akan memberi mereka lebih semangat untuk menyumbang lebih kepada negara.

3. Tidak banyak pertandingan yang menawarkan wang ganjaran sebanyak RM500,000.

4. Kalau ada yang lebih mungkin Kuiz More Jutaria yang ditayangkan di RTM di dalam tahun 90an dahulu.

5. Seorang mekanik bernama Samrin telah menang hadiah sebanyak RM1 juta.

6. Ada yang mengatakan Anugerah Merdeka setaraf dengan Anugerah Nobel.

7. Eloklah begitu sebab amat sukar untuk kita jumpa anugerah setaraf Nobel Prize di sebelah Asia.

8. Kalau ada pun dulu Anugerah Magsaysay yang dianjurkan oleh Kerajaan Filipina.

9. Ramai di kalangan kita terutama generasi muda yang tidak kenal siapa Ramon Magsaysay yakni bekas Presiden Filipina ini.

10. Selepas beliau meninggal dunia satu anugerah diadakan untuk mengiktiraf sumbangan tokoh-tokoh yang banyak berjasa terutamanya dari sebelah Asia.

11. Pada tahun 60an dan 70an, Anugerah Magsaysay boleh dikatakan setaraf dengan Nobel Prize.

12. Antara rakyat Malaysia yang pernah menang anugerah ini termasuklah YTM Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tan Sri BK Sekhar (Rubber Research Institute), Tun Ahmad Suffian (Ketua Hakim Negara), Tan Sri Ahmad Nordin Zakaria (Ketua Odit Negara), Tan Sri Hanafiah Ahmad (Tabung Haji), Tan Sri A Samad Said dan beberapa individu lagi yang saya tidak ingat namanya.

13. Untuk memastikan ekslusiviti Anugerah Merdeka harapan saya semoga ia mengiktiraf individu yang benar-benar layak dan terbukti telah memberi sumbangan besar kepada negara.

14. Tiada makna memberi anugerah semata-mata untuk mencukupkan kuota sahaja.

15. Di samping itu banyak lagi rakyat Malaysia yang telah menyumbang di dalam pelbagai kapasiti.

16. Antaranya Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Allahyarham Tun Ismail Ali, Professor Khoo Kay Kim, Allahyarham Sarjan Jamil Mohd Shah (Bukit Kepong), Allahyarham Mokhtar Dahari, Pegawai Waran 1 Kanang Anak Langkau, pelukis Allahyarham Ibrahim Hussein, Tan Sri Just Faarland, Lat dan Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

17. Semoga jasa mereka tidak dilupakan begitu sahaja.

18. Harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama.

19. Renong-renongkan dan selamat beramal.

Kisah Teladan


1. Pada suatu hari Khalifah Umar Al-Khatab baru saja pulang dari melawat negeri Syria. Seperti biasa Saidina Umar akan berjalan-jalan dan meninjau sekitar kawasan untuk melihat keadaan rakyat jelata untuk mengetahui sendiri akan penderitaan mereka. Pada kali ini Saidina Umar menuju ke sebuah pondok buruk yang didiami oleh seorang nenek tua.

2. Saidina Umar pergi ke rumah nenek tersebut dengan menyamar sebagai orang biasa. Sudah menjadi kebiasaan kepada Khalifah Umar menyamar menjadi orang awam kerana beliau ingin melihat sendiri akan penderitaan yang di alami oleh rakyatnya dan ingin mendapat maklumat atau pandangan rakyat terhadapnya.

3. Apabila tiba di rumah nenek tersebut Khalifah memberi salam dan berkata.

4. "Adakah nenek mendengar apa-apa berita tentang Umar?".


5. Jawab nenek tua itu
"Khabarnya Umar baru sahaja pulang dari Syria dengan selamat".


6. Kata khalifah lagi
"Bagaimana pendapat nenek tentang khalifah kita itu".


7. Jawab nenek "Semoga Allah tidak memberi ganjaran baik kepadanya".

8. Umar bertanya lagi
" Mengapa nenek berkata begitu?".

9. Jawab nenek
"Ia sangat jauh dari rakyatnya. Semenjak menjadi khalifah dia belum pernah menjenguk pondok aku ini apatah lagi memberi wang".


10. Jawab Umar
"Bagaimana mungkin dia dapat mengetahui keadaan nenek sedangkan tempat ini jauh terpencil"

11. Nenek mengeluh dan berkata "Subhanallah! tidak mungkin seorang khalifah tidak mengetahui akan keadaan rakyatnya walau dimana mereka berada".


12. Mendengar kata-kata tadi Khalifah Umar tersentak lalu berkata didalam hatinya
"Celakalah aku kerana semua orang dan nenek ini pun mengetahui perihal diriku". Saidina Umar menyesal sambil menitiskan air mata.


13. Saidina Umar berkata lagi
: "Wahai nenek, berapakah kamu hendak menjual kezaliman Umar terhadap nenek?. Saya kasihan kalau Umar mati nanti akan masuk neraka. Itu pun kalau nenek mahu menjualnya".


14. Kata nenek
"Jangan engkau berguaru dengan aku yang sudah tua ini". Sambung Umar lagi "Saya tidak bergurau, saya betul-betul ni nek, berapakah nenek akan menjualnya. Saya akan menebus dosanya, mahukah nenek menerima wang sebayak 25 dinar sebagai harga kezalimanya terhadap nenek" sambil menyerahkan wang tersebut kepada nenek.


15. "Terima kasih nak, baik benar budi mu
" kata nenek sambil mengambil wang tersebut.


16. Sementara itu Saidina Ali Abu Talib bersama Abdullah bin Mas'ud lalu di kawasan itu. Melihat Khalifah Umar berada disitu, mereka pun memberi salam.


17. "Assalamualaikum ya Amirul Mukminin".


18. Mendengar ucapan tersebut, tahulah nenek bahawa tetamu yang bercakap denganya sebentar tadi adalah Khalifah Umar Al-Khatab. Dengan perasaan takut dan gementar nenek berkata
"Masya Allah, celakalah aku dan ampunlah nenek diatas kelancangan nenek tadi ya Amirul Mukminin. Nenek telah memaki Khalifah Umar dihadapan tuan sendiri". Rantapan nenek telah menyedarkan Saidina Umar.


19. "Tak mengapakah nek, mudah-mudah Allah memberi restu kepada nenek
" kata Saidina Umar. Ketika itu juga Khalifah Umar telah membuka bajunya dan menulis keterangan berikut diatas bajunya.

20. "Bismillahirrahmanirrahim,
dengan ini Umar telah menebus dosanya atas kezalimannya terhadap seorang nenek yang merasa dirinya dizalimi oleh Umar, semenjak menjadi khalifah sehingga ditebusnya dosa itu dengan 25 dinar. Dengan ini jika perempuan itu mendakwa Umar di hari Mahsyar, maka Umar sudah bebas dan tidak bersangkut paut lagi".

22. Pernyataan tersebut ditandatangani oleh Saidina Ali bin Abu Talib dan di saksikan oleh Abdullah bin Mas'ud.


23. Baju tersebut diserahkan kepada Abdullah bin Mas'ud serya berkata "Simpahlah baju ini dan jika aku mati masukkan kedalam kain kafanku untuk dibawa mengadap Allah Subhanahu Wataala nanti".

Jet Peribadi



1. Nampaknya berlaku pertelingkahan besar antara Datuk Seri Ong Tee Kiat (Menteri Pengangkutan) serta Datuk Seri Tiong King Sing (Pengerusi Backbenchers Club Barisan Nasiona) berhubung penggunaan jet peribadi milik Tiong oleh Ong.

2. Tiong menuduh Ong menggunakan jet peribadi tersebut dengan percuma.

3. Ong pula mengatakan bahawa beliau masih menunggu bil dari Tiong.

4. Walau apa pun akan terjadi antara mereka berdua, sebenarnya penggunaan jet peribadi di kalangan golongan ternama di Malaysia bukanlah perkara baru.

5. Di zaman 70an dahulu, Tun Mustapha ketika itu menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah mempunyai jet peribadinya sendiri.

6. Beliau sering terbang ke London dan Australia dengan jet tersebut.

7. Ada yang mengatakan beliau sanggup terbang ke London semata-mata hendak memotong kuku.

8. Hakikatnya beliau seorang yang pemurah kerana sanggup meminjamkan jet tersebut kepada Al-Marhum Tunku Abdul Rahman ketika beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Agung OIC berpejabat di Jeddah.

9. Pada ketika itu mereka begitu akrab sehinggakan apabila Tunku berseloroh mengatakan beliau teringin makan stik dari London, Tun Mustapha sanggup terbang ke London dan singgah di Jeddah untuk makan stik tersebut bersama-sama Tunku.

10. Pada era kegemilangan ekonomi pertengahan tahun 90an, terdapat beberapa tokoh korporat Melayu memiliki jet peribadi.

11. Antaranya Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Tajuddin Ramli, Tan Sri Halim Saad dan Tan Sri Amin Shah.

12. Malah Tajuddin Ramli mempunyai dua jet Gulfstream IV.

13. Tajuddin pernah singgah di lapangan terbang antarabangsa Ankara, Turki semata -mata untuk bertemu Tun Mahathir apabila beliau diberitahu bahawa pesawat MAS yang membawa Tun Mahathir singgah di situ dalam perjalanan ke New York.

14. Rakan-rakan di Renong pernah memberitahu jet peribadi milik Halim Saad pernah terbang ke Bangkok semata-mata untuk membawa eksekutif kanan Renong makan tomyam di sana.

15. Begitulah hebatnya tokoh-tokoh korporat Melayu di zaman dahulu.

16. Itu dulu.

17. Sekarang yang saya tahu antara tokoh-tokoh korporat Melayu yang mempunyai jet peribadi adalah Tan Sri Syed Azman (Raja AP) serta Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

18. Syed Azman mempunyai dua jet peribadi - sebuah pesawat Boeing Business Jet dan Gulstream manakala Syed Mokhtar memiliki sebuah pesawat Bombardier Global Express.

19. Antara bilionaire yang mempunyai jet peribadi termasuklah Ananda Krishna, Tan Sri Vincent Tan, Dato' Seri Lee Oi Hian (KL Kepong), Tan Sri Lee Kim Yew (Country Heights) dan Tan Sri Ting Pek Khiing.

20. Ada beberapa bilionaire lain tetapi saya tidak pasti dan jika anda ingin mengetahui silalah hubungi DCA.

21. Walau apa pun, secara peribadi saya tidak bersetuju dengan keputusan Tun Abdullah Badawi untuk membeli Boeing Business Jet kerana Kerajaan Malaysia sudahpun memiliki 3 atau 4 jet peribadi.

22. Lagi pun, pembelian itu dilakukan ketika beliau membuat keputusan untuk menaikkan harga minyak seolah-olah penjimatan subsidi Kerajaan digunakan pula untuk membeli jet tersebut.

23. Sebagai pemimpin kita sepatutnya menunjukkan contoh yang baik.

24. Apabila kita meminta rakyat untuk berjimat kita sebagai pemimpin haruslah menunjukkan bahawa kitalah orang yang pertama yang berjimat cermat.

25. Inilah sindrom yang dihidapi oleh pemimpin-pemimpin Melayu apabila sudah terlalu lama duduk di dalam Kabinet.

26. Apabila semuanya ditanggung dari bil elektrik sehinggalah ikan yang dimakan mereka hilang pedoman tentang kesukaran yang dialami oleh rakyat.

27. Saya percaya Tun Abdullah sudah lebih 30 tahun tidak membeli ikan di pasar dan di atas sebab itu beliau tidak mempunyai pengetahuan bahawa keputusan untuk menaikkan harga minyak sebanyak 70 sen boleh menyebabkan harga ikan naik sehingga lebih sekali ganda.

28. Renong-renongkan dan selamat beramal.

Gaji SPRM


1. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

2. Pada tahun 70an dahulu, BPR dikenali sebagai BSN (Biro Siasatan Negara).

3. BSN cukup digeruni dan dihormati semua pihak.

4. Malah, Independent Commision Against Corruption (ICAC) Hong Kong, badan pencegah rasuah yang cukup dihormati kini, pernah belajar dari BSN.

5. Kini terbalik pula.

6. BPR pula belajar dari ICAC dan dari pembelajaran ini ditubuhkan SPRM.

7. Masa SPRM mula-mula ditubuhkan, seorang pegawai SPRM menulis surat kepada akhbar Berita Harian pada 1 Januari 2009 mengeluh bahawa penjenamaan semula BPR kepada SPRM tidak membawa apa-apa faedah kerana gajinya hanya naik RM60.

8. Beliau juga mengeluh gaji sekecil itu tidak cukup kerana perlu dibelanjakan untuk membawa saksi makan serta membayar bil telefon.

9. Saya tidak tahu bagaimana Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) boleh mengambil orang-orang sebegini sebagai pegawai kerajaan.

10. Pada zaman saya dahulu, gaji adalah perkara kedua.

11. Yang utama perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat.

12. Dapat bekerja untuk kerajaan pun sudah cukup baik.

13. Kini zaman sudah berubah.

14. Malah mereka yang ditugaskan untuk membenteras rasuah seolah-olah meletakkan ganjaran material melebihi sumbangan yang diberikan kepada negara.

15. Ambillah iktibar dari kata-kata Datuk Rastam Hadi, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara serta bekas Pengarah Urusan Petronas;

"A civil servant never negotiates with his employer about salary or perks he gets. Money is important, of course, but most civil servants never worry whether the remuneration they get is anywhere near the value of the service they provide."

16. Renong-renongkan dan selamat beramal.

Selamat Berpuasa