Khamis, 23 Julai 2009

Khir Toyo


1. Dato’ Seri Khir Toyo mengatakan bahawa beliau diberi pinjaman sebanyak RM3.5 juta oleh HSBC Bank untuk membeli banglo mewahnya di Shah Alam.

2. Saya tidak tahu samada ini suratan atau kebetulan tetapi HSBC Bank juga pernah dikaitkan dengan seorang lagi bekas MB Selangor.

3. Bekas MB Selangor tahun 1970an dahulu iaitu Datuk Harun Idris pernah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun setelah didapati bersalah menerima rasuah sebanyak RM250,000 dari Hong Kong and Shanghai Banking Corporation.

4. Harun kemudian dijatuhkan hukuman penjara sebanyak 6 bulan lagi setelah didapati bersalah menyalahgunakan wang Bank Kerjasama Rakyat sebanyak RM8 juta.

5. Beliau ketika itu adalah Pengerusi bank tersebut.

6. Ada satu lagi persamaan antara Khir Toyo dan Harun Idris.

7. Kedua-duanya memiliki banglo yang tersergam mewah.

8. Keluarga Harun memiliki “hacienda” yang dinamakan Tanamera di Kuang, Selangor.

9. Selain banglo, estet tersebut mempunyai padang polo serta beberapa ekor kuda.

10. Harun juga memiliki banglo di Taman Duta - di mana beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

11. Tetapi setakat ini nampaknya nasib Khir Toyo lebih baik dari Harun.

12. Walau pun dipalit pelbagai tuduhan MACC belum nampak sebarang bukti untuk mendakwa Khir Toyo.

13. Ini mungkin kerana MACC betul-betul tidak nampak atau pun buat-buat tidak nampak.

14. Yang jelas MACC selepas penjenamaan semula masih gagal mengatasi persepsi negatif terhadapnya.

15. Pengaruh MACC sekarang jauh merudum berbanding pengaruh Biro Siasatan Negara (BSN) yang cukup digeruni ketika diketuai oleh Tan Sri Harun Hashim pada awal tahun 1970an dahulu.


17. Topik berhubung BSN lebih sesuai kita bincangkan di waktu yang lain.

18. Walau apa pun tindakan MACC selepas ini yang jelas rakyat negeri Selangor sudah pun membuat keputusan terhadap Khir Toyo pada 8 Mac 2008 dahulu.

19. Mungkin sekarang giliran MACC pula diadili pula oleh rakyat.

20. Renong-renongkan dan selama beramal.