Jumaat, 21 Ogos 2009

Anugerah Merdeka


1. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang Anugerah Merdeka anjuran Petronas.

2. Saya berharap anugerah ini akan memberi mereka lebih semangat untuk menyumbang lebih kepada negara.

3. Tidak banyak pertandingan yang menawarkan wang ganjaran sebanyak RM500,000.

4. Kalau ada yang lebih mungkin Kuiz More Jutaria yang ditayangkan di RTM di dalam tahun 90an dahulu.

5. Seorang mekanik bernama Samrin telah menang hadiah sebanyak RM1 juta.

6. Ada yang mengatakan Anugerah Merdeka setaraf dengan Anugerah Nobel.

7. Eloklah begitu sebab amat sukar untuk kita jumpa anugerah setaraf Nobel Prize di sebelah Asia.

8. Kalau ada pun dulu Anugerah Magsaysay yang dianjurkan oleh Kerajaan Filipina.

9. Ramai di kalangan kita terutama generasi muda yang tidak kenal siapa Ramon Magsaysay yakni bekas Presiden Filipina ini.

10. Selepas beliau meninggal dunia satu anugerah diadakan untuk mengiktiraf sumbangan tokoh-tokoh yang banyak berjasa terutamanya dari sebelah Asia.

11. Pada tahun 60an dan 70an, Anugerah Magsaysay boleh dikatakan setaraf dengan Nobel Prize.

12. Antara rakyat Malaysia yang pernah menang anugerah ini termasuklah YTM Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tan Sri BK Sekhar (Rubber Research Institute), Tun Ahmad Suffian (Ketua Hakim Negara), Tan Sri Ahmad Nordin Zakaria (Ketua Odit Negara), Tan Sri Hanafiah Ahmad (Tabung Haji), Tan Sri A Samad Said dan beberapa individu lagi yang saya tidak ingat namanya.

13. Untuk memastikan ekslusiviti Anugerah Merdeka harapan saya semoga ia mengiktiraf individu yang benar-benar layak dan terbukti telah memberi sumbangan besar kepada negara.

14. Tiada makna memberi anugerah semata-mata untuk mencukupkan kuota sahaja.

15. Di samping itu banyak lagi rakyat Malaysia yang telah menyumbang di dalam pelbagai kapasiti.

16. Antaranya Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Allahyarham Tun Ismail Ali, Professor Khoo Kay Kim, Allahyarham Sarjan Jamil Mohd Shah (Bukit Kepong), Allahyarham Mokhtar Dahari, Pegawai Waran 1 Kanang Anak Langkau, pelukis Allahyarham Ibrahim Hussein, Tan Sri Just Faarland, Lat dan Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

17. Semoga jasa mereka tidak dilupakan begitu sahaja.

18. Harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama.

19. Renong-renongkan dan selamat beramal.